Lebuh raya capaian terkawal
Lebuh raya capaian terkawal

Lebuh raya capaian terkawal

Lebuh raya capaian terkawal merupakan jenis lebuh raya khusus yang direkabentuk untuk pemanduan berkelajuan tinggi, yang mana keseluruhan aliran lalu lintas dan keluar masuk lebuh raya adalah dikawal sepenuhnya. Ia dikenali dengan pelbagai jenis istilah seperti lebuh raya bebas (di AS), lebuh raya kereta (di UK dan Eropah) dan lebuh raya ekspres (di Malaysia dan kebanyakan negara Asia). Istilah lain yang digunakan termasuklah Bahasa Sepanyol: autopista atau autovía (bergantung sama ada ia bertol atau tidak), Bahasa Perancis: autoroute, Bahasa Jerman: Autobahn, atau Bahasa Itali: autostrada. Istilah lain termasuklah lebuh raya ekspres, Interstate, dan lebuh raya taman. Ada kalanya ia mungkin dipanggil sebagai lebuh raya capaian terhad, walaupun istilah tersebut sebenarnya merujuk kepada satu kelas lebuh raya dengan darjah pengasingan trafik yang lebih rendah.Sebuah lebuh raya capaian terkawal menampilkan aliran trafik bebas tanpa halangan, tanpa lampu isyarat, persilangan ataupun capaian ke premis hartanah. Ia bebas daripada persimpangan searas dengan jalan raya lain, landasan kereta api mahupun lorong pejalan kali, yang sebaliknya diangkut melalui jejambat atau terowong melintasi lebuh raya. Keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui jalan susur (tanjakan) di persimpangan bertingkat, yang membenarkan perubahan kelajuan antara lebuh raya dengan jalan raya arteri dan jalan pengumpul. Di lebuh raya capaian terkawal, laluan trafik bagi arah berlawanan diasingkan oleh pembahagi jalan yang mengandungi pengadang jalan ataupun rumput. Dengan menghapuskan sumber-sumber konflik berpotensi dengan lalu lintas dari arah lain, tahap keselamatan pemanduan serta kapasiti lebuh raya dapat ditingkatkan dengan ketara.[1]Lebuh raya capaian terkawal berevolusi semasa separuh abad pertama bagi kurun ke-20. Itali membuka autostrada pertama pada tahun 1924 yang menghubungkan antara Milan dengan Varese (A8). Jerman mula membina autobahn pertama dengan kawalan masuk penuh sepanjang 30-kilometer (19 mi) tanpa had laju (pada masa itu ia dipanggil lebuh raya kembar) pada tahun 1932 antara Cologne dengan Bonn (kini A555). Ia kemudian dibina dengan pesatnya di seluruh negara berikutan ia dikatakan berguna semasa Perang Dunia Kedua. Lebuh raya bebas pertama di Amerika Utara (dikenali sebagai lebuh raya taman) dibuka di kawasan Bandar Raya New York pada tahun 1920an. Britain, yang lebih banyak dipengaruhi landasan kereta api, hanya membina lebuh raya kereta pertama mereka, Jalan Pintasan Preston (M6), pada tahun 1958. Lebuh raya capaian terkawal pertama di Malaysia iaitu Lebuhraya Persekutuan dibina pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1977.Kebanyakan negara maju menampilkan rangkaian lebuh raya ekspres yang ekstensif bagi menyediakan laluan perbandaran berkapasiti tinggi, ataupun laluan luar bandar berkelajuan tinggi, atau kedua-duanya sekali. Kebanyakannya diwartakan dengan kod laluan di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa (misalnya Rangkaian Lebuh Raya Eropah).

Rujukan

WikiPedia: Lebuh raya capaian terkawal http://german.about.com/library/blgermyth08.htm http://www.nytimes.com/1995/06/06/nyregion/built-t... http://www.nytimes.com/1995/06/18/nyregion/bronx-r... http://www.ukmotorists.com/motorway_signs.asp http://archive.etsc.eu/documents/copy_of_PR%20Moto... http://www.greenvillesc.gov/publicworks/forms/Wood... http://onlinemanuals.txdot.gov/txdotmanuals/rdw/fr... http://blogjalanraya.blogspot.my/2011/11/lebuhraya... http://blogjalanraya.blogspot.my/2012/06/segamat-k... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...